Al-Rayyan Homestay di Kepala Batas menyediakan keperluan inapan keluarga yang selesa, lengkap dan berbaloi untuk para penghuni. Sebuah rumah teres satu tingkat yang serba baru di lokasi yang strategik dan nyaman pasti memudahkan segala urusan anda di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang.

Dekorasi moden dan kontemporari untuk melahirkan ruang tamu yang elegan dan sangat selesa untuk penghuni. Dilengkapi dengan set sofa yang empuk sambil melayari Astro NJOI di TV LCD 32 inci.
Ruang makan adalah luas dengan meja makan berkualiti (Marble Top) yang boleh memuatkan seramai enam orang sekaligus. Pintu kedua di ruang makan membolehkan anda menikmati suasana yang lapang dan berangin.
Keadaan dapurnya bersih dan lengkap. Terdapat dapur gas, kelengkapan memasak, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, peti sejuk satu pintu serta pinggan mangkuk dan periuk belanga.
B I L I K T I D U R
Al-Rayyan Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur yang luas dan selesa.
Bilik Tidur Utama
Katil saiz Queen, almari baju, kipas angin dan Aircond. En-Suite bathroom juga terdapat di bilik tidur ini.
Bilik Tidur Kedua
Katil saiz Queen, almari baju, kipas angin. (Aircond dengan caj tambahan)
Bilik Tidur Ketiga
Katil bujang, almari baju dan kipas angin.
G A L E R I G A M B A R
Tempat parkir boleh memuatkan 2 buah kereta sekaligus, berpagar dan lampu pagar akan menyala (secara automatik) apabila malam menjelang. Al-Rayyan Homestay menjanjikan keselesaan dan kebersihan kepada setiap penghuni. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Check in : 2 petang
Check out: 12 tengahari
Kadar sewaan semalam: Dari RM 130 Sahaja
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
012 446 3711 (Nor)
016 433 3255 (Zam)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan